Products available

Monday, April 30, 2018

Mee kuah daging

Mee kuah daging..
.
Bahan Kuah:
1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inch halia
2 biji tomato
Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan
Cili kering kisar
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging
Asam keping
1 tin tomato soup
Susu pekat
Garam
Gula
Ajinamoto
Sos cili
.
Cara2:
-dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus skli kentang dan keledek
-agak2 kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend
-masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tdi, garam, pak aji. 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili.
-agak2 da mendidih balance dengan gula. Gula lupa buh banyak mana tpi kene adjust sendiri
-biar mendidih

Kuih Karas

Resepi 😍😍😍

BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung beras
720 gm gula putih
750 ml air
1 1/2 liter minyak masak


CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
3. Bila sudah sejuk, masukkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati (seperti bancuhan goreng pisang).
4. Panaskan minyak, masukkan bancuhan ke dalam acuan karas dan bentukkan di dalam kuali.
5. Goreng sehingga warnanya kekuningkuningan. Balik-balikkan dan angkat.

Wednesday, April 25, 2018

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

Bahan-bahan:

Bahan A (dikisar):


Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering
Bahan B:
Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung
* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

Cara-cara:

1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.
2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.
3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.
4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.
5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.

Friday, April 20, 2018

Mee Udang Berkuah Pekat

Mee Udang Berkuah Pekat

Bahan2nya ialah...

Bahan untuk Kuah

20 ekor udang saiz XL
2 ketul ubi keledek dikupas dan direbus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai dihiris
1 inci halia
1 genggam udang kering
1 pek perencah tomyam
10 tangkai cili kering
Sedikit minyak untuk menumis

1 kg mee yang dicelur (mee yang dlm pic adalah mee yang telah saya hasilkan sendiri. Resipi boleh ambil di wall saya.

Bahan tambahan
Sayur sawi dicelur
Fish kek dicelur dan dihiris
Tauge di celur
Cili besar dihiris

Cara memasak kuah
1. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, halia, serai dan udang kering.
2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 yang dikisar. Masak seketika hingga naik bau.
3. Blend ubi keledek yang telah direbus dan tuangkan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan air, ikut suka kepekatan masing2. Masukan perencah tom yam. Bila kuah sudah mendidih masukkan udang. Masak sehingga udang timbul maka udang telah masak.

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan dengan mee kuning


Monday, April 16, 2018

nasik minyak

Musim kenduri dah lepas... bu teringin pulak nak makan nasik minyak!

BAHAN2:-

4 cwn Beras basmathi (pusa gold ekstra panjang)
πŸ“Œrendam selama 30 minit..
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 ketul kiub ayam
.
BAHAN TUMIS:-


1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
3 helai Daun pandan
4 sekawan (kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga & cengkih)
Garam
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
.
Pewarna kuning

bubur mcd


Saya nak berkongsi resepi asal bubur mcd
Saya bekas pekerja mcd
Pernah masak bubur mcd selama 3 tahun ..πŸ˜€

Beras hancur jasmin
Dlm periuk cuci beras
(Masukan air masak suam
Tujuan nak cepat masak)


Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata ..
10 minit ke 2

Masukan halia hiris 1 sb
10 minit tambah air masak
Kacau sebati

Kemudian masukan stok ayam.. brand Maggie 1/2 cup dlm bubur ..10 minit terakhir sebelum paking dlm mangkuk

..Ayam bubur..
Ayam hiris nipis perap dgn halia(tujuannya sedap dan tidak bau hanyir)

Rebus hirisan ayam
Bersama peranan halia tadi
Dgn 500mlm air rebus sampai masak

Bahan topping bubur mcd
Hirisan daun bawang
Hirisan cili Merah
Minyak bijan
Sukatan 1 sb

kredit: resepi ini kepada sis Juniza Johari

Roti naik dan lembut

Roti naik dan lembut

3 1/2 cawan tepung gandum (saya pakai tepung gandum sauh)
2 sudu susu pekat
4 sudu gula
1 biji telur
2 sudu butter
1 cawan air suam
1 peket Mauripan


Tuang tepung dalam bekas. Masukkan mauripan. Gaul2 dia.
Masukkan gula, susu pekat, telur, butter. Gaul sebati.
Masuk air sikit2 sampai habis secawan. Kalau kurang air roti tak jadi lembut.
Uli sampai tak lekat kat tangan. Biarkan sampai naik. Lepas tu tumbukk bagi keluar angin.
Uli lagi. Lepas tu bulat2kan. Susun kat loyang yg dah disapu butter. Tunggu naik lagi.
Bakar 150c 20 minit.
Lepas bakar. Panas2 tu sapu butter dan tabur gula.

Cubalah.. lembuttt je kejadiannya.

Saturday, April 14, 2018

Sos chili thai maveles

Sos chili thai maveles...

Bahan-Bahan:

4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
2 sudu besar cuka
jus 1 biji limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung+ 2 sudu besar air
Daun ketumbar...cincang kasar.

Cara buat;

1. Blendkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air.

2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan,garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan tepung jagung yg dicampur dgn air. Bila dah pekat tutup api.

Siap! Memang sedap cicah dengan
Udang rebus, celur atau goreng. Meletop!

Kredit: Viral oh viral

Tuesday, April 3, 2018

Air Asam Kerang

Air Asam Kerang

Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit..

Air asam
Bawang merah hiris
Tomatao hiris
Cili padi hiris
Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi
Belacan
Buh gula
Daun ketumbar
Siappp