Products available

Sunday, August 27, 2017

Petua agar kesegeran cili tahan lama

Petua agar kesegeran cili tahan lama

Balut dengan kertas tisu, letak seulas bawang putih 

RESEPI DONUT PANDAN GEBU TAK YAH ULI2

RESEPI DONUT PANDAN GEBU TAK YAH ULI2
Bahan 1:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir
1 cawan air suam/+air pandan..
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang
Bahan 2
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata,
masukan dlm bekas dan tutup biarkan selama 1 jam,
Adunan memang lembik,tak perlu tambah tepung, lepas 1 jam tumbuk2 doh tuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut,.
Biarkan Selama lebih kurang 15 minit, lepas tu boleh goreng,
Dan di salut gula.

Solok Lada

Solok Cili

Bahan2nya....
12 biji lada solok. Lada biasa pun boleh (Cili hijau)
7 ekor ikan selayang sederhana (direbus)
1/2 biji kelapa parut ( Kalau dapat kelapa inti lagi baik)
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
Garam
Gula


Cara membuatnya....
1. Rebus ikan dan perisi isinya
2. Tumbuk bawang merah dan halia, masukkan garam dan gula.
3. Tumbuk isi ikan dgn kelapa. Gaulkan hingga sebati dgn bawang tadi.
4. Sumbatkan isi ikan yang digaulkan kelapa dgn bawang tumbuk tadi ke dalam lada.
5. Kukus hingga masak. Siap boleh dihidangkan.

Solok Lada saya ada 2 versi,
Versi 1 - ikan mentah saya hiris isinya dan saya tumbuk dgn kelapa. Kemudian saya gaulkan dgn bawang dan halia yang di tumbuk. Kemudian baru saya kukus.

Versi 2 - Ikan direbus dan diambil isinya, saya tumbuk dgn kelapa garam, gula , bawang dan halia. Kemudian saya rebus dgn santan pekat. kalau ada pucuk ubi, lapik bawah sblm susun lada tu. Jgn lupa....letak juga garam ya.

Yang ini saya masak Versi 1 kerana isi ikan bila sudah dimasak lagi manis dan sedap. Kadang2 saya memasak juga cara Versi 2. Mana2 pun boleh. Janji boleh di makan dan sedap.

Saturday, August 12, 2017

Tepung bungkus sedap dan mudah

Resepi Tepung bungkus sedap dan mudah!
RESEPI.
2 bungkus tepung beras ( siam )
10 cawan air
24 sudu gula
2sudu garam
1kg santan
Mskn 5cawan air,gula,garam & santan ke dlm kuali kacau sampai mendidih
Bancuh 5cawan air bersama tepung n kacau bg sebati,
Mskn adunan tadi ke dalam kuali n kacau hingga tepung btl2 masak & nampak bkilat
Inti
5biji kelapa
1 kg gula melaka
1/2 sudu garam
1/2kg gula
2sudu debu pulut
Daun pandan
Masak kelapa dgn air sehingga masak
Mskn gula melaka ,gula & daun pandan
Bancuh tepung pulut dgn sedikit air n masukn kedalam adunan kelapa
Masak sehingga kering
Bulat2 kan inti & gaul dgn debu pulut
Cara2 buat Tpg bungkus
Lapis dua daun pisang
Letak 1 sudu tepung kedalam daun pisang
Mskn 2 biji inti,tutup inti td dgn satu sudu lg tepung..balut tepung td n lipat di bahagian hujung kiri kanan
Kukus selama 20-25mnt
Bagi sejuk ckit & baru blh makan...