Products available

Wednesday, May 18, 2016

Biskut ini biskut paling power abad ini

Saban tahun kawan-kawan tanya resepi maut biskut butter dari abang. Padahal resepi ini memang dah lama abang bubuh kat blog kuahkari.com, kau je malas nak membaca.

Biskut ini biskut paling power abad ini. Bolehlah dapat order dalam 400-500 balang setahun masa nak raya. Tahun ini abang buat sistem no sms no whatsapp. Siapa nak order kena isi borang online. Barulah sistematik.

Senang sangat nak masak biskut ini. Pejam mata pun boleh siap. Eh lupa, dengan izin Allah (tangan nashid).

Tu karang adalah tanya kenapa abang kongsi resepi berniaga ni? Tak takut orang lain tiru ke? Haha kongsi jelah. Abang pun dah ada market sendiri. Bermodalkan kekacakan abang ini, biskut ini alhamdulillah mendapat tempat di hati follower. Cewah. Kau pun, rajin- rajin berkongsi. Biar kaya sama-sama. Tuhan suka. Toksah nak kemut beriya, Tuhan kedekut dengan kau baru kau tahu.

Ha moh kita ke dapur.

Biskut Butter Abuain (yang kacak).

Bahan-bahannya ialah:

1 cawan Butter - abang guna jenama Buttercup
1 cawan gula halus.
2 biji telur Gred A
2 cawan setengah tepung gandum - abang guna jenama The Bakers
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat.
1 sudu kecil esen vanilla.

**guna cawan measurement cup tahu. Bukan cawan minum kat dapur kau. Ada jual cup (cawan) tu kat kedai barangan bakeri.

Sebelum mula, panaskan oven dengan suhu 200 selama 15 minit.

Cara-cara kau tengok gambar. Siap sedia nak klik butang share. Kau tulis mohon share abang stalat dahi kau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209783400127603&id=1409650354

No comments:

Post a Comment