Products available

Saturday, January 30, 2016

Puding Castard Fruit Cocktail

Simple Tapi Sedap.

Puding Castard Fruit Cocktail
1 cawan tepung castard
5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )
5 sudu besar gula pasir

Cara2 nya :
Tapis fruit cocktail
Ambil airnya jadikan 5 cawan
Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
Tuang dalam acuan yang disukai
Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Campur semua bahan2
Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )

Jika suka kuahnya lebih bolihlah digandakan
Sedap dimakan bersama fruit cocktail

Friday, January 29, 2016

Nasi Tomato Simple

Mlm ni sy nak kongsikan resipi "Nasi Tomato Simple" versi sy.. yg sy ajarkan utk anak dara sy siang tadi.. pada sesiapa yg nk mencuba silakan yer.. pada yg x suka tu sila scroll laju2.. jom ikut #step_by_step pd gambar..

Resipinya
5 cawan beras(sy guna beras biasa jer x guna beras Basmathi..guna beras basmathi lg cantik nasinya.. rendam beras 15- 20mnt.. kalo beras basmathi rendam 30mnt.. basuh dan toskan)
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 bj buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun kalo xde guna minyak masak jer
2 sdb menggunung minyak sapi ( kalo xde guna jer mentega tp ada kurg di situ yer)
1/2 cawan susu cair
1 sdb gula
1/ 2 sdb garam
3- 4 helai daun pandan di simpul
3 sdb tomato puri
4 biji tomato(kisar dengan sedikit air)
Kismis utk hiasan

Bahan kisar
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia nk 2

#sukat_beras_dan_air_guna_cawan_yg_sm..
sumber resepi : mariana zainal

Thursday, January 28, 2016

Puding jagung yg amat ringkas

Puding jagung yg amat ringkas......

1 tin jagung...
3 cawan santan.....
1 cwan gula pasir....
1 cawan tepung kastad...
2 helai daun pandan......

Cara2nya....
Santan+ gula+ tpg kastad+ daun pandan satukn kacau n masukn jagung,kacau sampai berkilat.angkat masuk dlm bekas sejukn...

Tuesday, January 26, 2016

kuih peneram

Perkongsian Drpd: Suhaila Ishak

Hari tu ( Nov 2015 )cuti2 sekolah ni anak2 mintak makan jer..kudap2 yg senang nk buat... sy kongsikan cara mudah nk buat kuih peneram yg garing d luar n lembut kt dalam..ni ye..

Bahan2:
500 gm tpg beras
300 grm gula merah
100 grm gula pasir
220 ml air

Campo air.. gula merah.. gula pasir. Pastu kacau n sekadar didihkan saja.. pastu terus tuang n tapis kat tepung ketika masih panas.. kacau ngan senduk bgi sebati.. perap sekurang2nya 5 jam.. pas tu bleh d terap..nipis shj.. goreng dngan minyak yg betul2 PANAS.. TAPI API PERLAHAN..selamat mencuba..

P/s: Pastikan SHARE supaya resepi tak hilang/ ter miss di wall anda

Sunday, January 24, 2016

Tips nasak nasi

1. Saat masak nasi, tambahkan sedikit garam, dan minyak
masak, itu akan membuat nasi menjadi kenyal
2. Teteskan sedikti cuka di dalam air, dan hasil dari nasi yang
di masak akan menjadi wangi.
3. Sisa nasi dikukus sekali lagi dan taburkan sedikit garam,
akan membuat rasa nasi seperti nasi baru.
Tips Membuat Nasi
1. Cuci beras: cuci beras tidak boleh melebihi 3 kali, karena
melebihi 3 kali akan membuat serat dalam beras hilang, dan
akan membuat wangi dari beras berkurang. Ingat jangan cuci
beras melebihi 3 kali.
2. Rendam Beras: rendam dulu beras yang ingin dimasak
dengan air dingin selama 1 jam. Dengan begini beras akan
menyerap air, dan setelah dimasak, nasi akan kelihatan sangat
penuh.
3. Perbandingan Beras dan Air: ketika di masak, perbandingan
beras dan air adalah 1:12. Bisa juga dengan jari telunjuk kita
sebagai tolak ukurnya, asalkan air sampai kubu pertama dari
jari telunjuk kita saja sudah cukup.
4. Tambah Wangi: kalau beras di rumah adalah beras yang
sudah sangat lama, jangan khawatir, beras lama setelah
dikukus akan tetap memiliki aroma yang sama dengan nasi
baru. Dengan 3 cara di atas, menambahkan sedikit garam,
maka beras lama pun akan menjadi nasi yang aromanya tidak
kalah dengan beras baru.
Sekarang, jangan tunggu lagi, langsunglah mencoba. Setelah
selesai, nasi yang lezat pun siap dihidangkan.

Friday, January 15, 2016

Cara Membuat Keripik Buah Mangga

Kripik Mangga

Bahan :

- Buah mangga setengah matang 5 kg
- air 1,5 liter
- 75 gr garam
- air kapur sirih ( untuk merendam )
- minyak goreng 2 liter

Cara Membuat Keripik Buah Mangga :

*  Ambil buah mangga kupas kulitnya dan diiris tipis setebal 5 mm dan sesuai selera.
*  Untuk menghilangkan lengket rendam buah mangga dalam air kapur sirih selama 5 jam.
*  Selanjutnya cuci bersih  kemudian keringkan.
*  Masukkan irisan mangga kedalam mesin vacum fryer menggunakan minyak yang banyak dengan api yang besar untuk menghilangkan kandungan air nya.
*  Jika buih pada minyak goreng semakin berkurang berarti sudah matang.
*  Setelah matang angkat keripik dan tiriskan.
*  Simpan keripik  ke dalam plastik kedap udara agar rasa renyah dan gurih terjaga.

Monday, January 11, 2016

RESEPI KENTANG PUTAR ALA KFC

RESEPI KENTANG PUTAR ALA KFC

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
●  8 biji kentang
●  1 kotak kecil susu segar
●  sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
●  secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
●  1 labu bawang besar (ditumbuk)
●  2 ulas bawang putih (ditumbuk)
●  4 sudu butter
●  2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
●  2 kiub ayam knorr
●  secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
●  2 1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Selamat mencuba.... :-) Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
#resepi
----------------------------
Denaihati Network
Denaihati.com
denaihati.eQurban.com
Wakaf.denaihati.com
Jemaah.denaihati.com

RESEPI STEP BY STEP BUAT CHIKEN BALL

RESEPI STEP BY STEP BUAT CHIKEN BALL.

Alhamdulillah, respon dari tadi hingga petang ini lebih 2000 orang menyukai Resepi ini. Ramai yang nak buat Chicken ball untuk berniaga dan makan sendiri juga.

Sebagaimana yang dijanjikan Chef Ustazah akan kongsikan resepi mudah ini. Moga bermanfaat ya. Kak Kiah dan Kak Nelopar bolehlah buat Chicken ball dan masak macam-macam makanan untuk Abang Eron dan Abang Rosam nanti. Hihihi.

Chicken ball ni boleh buat Yong Tau Fo, makan dengan sos cili, mayonis atau boleh goreng. Boleh letak dalam nasi goreng atau mee goreng. Boleh masukkan dalam aneka mee juga.

Alhamdulillah, bolehlah pakat-pakat gentel dengan anak-anak nanti. Yang nak tambah pendapatan boleh cuba resepi ni. Boleh pek-pek dan frozenkan dan jual di ofis atau kat Pasar Malam.

Dalam resepi nanti ada bagitau guna MEAT MIXER. Kalau tak de..nak buat macamana ya? Dengan lesung batu ok tak? Hihihi. Kenalah buat R & D ya. Kalau jadi boleh share dengan kawan-kawan juga. Tapi..nak cantik gunalah FOOD PROCESSOR ya. Kalau tak de duit, menabung la dulu. Yang penting kita dapat bagi makanan HALAL pada keluarga. Lebih baik dari kita beli barang kemas dan pakaian. Saham akhirat dan dapat pahala menyediakan makanan Halal di rumah.

Ok, panjang pulak ya Kak Jeniper Lopeh nak resepi..Resepi!! BUKAN NAK DENGAR BEBEL..

OK..OK. Klik pada gambar satu-satu ya Abang Johnny Depp. Kat situ keluar resepi.

Nak beli STTP. Order dengan no ni ya 019-9378679.

Bye-bye.

Salam sayang dari Ratu Rempah,

CHEF USTAZAH.

- Resepi Oleh Chef Ustazah.

Saturday, January 9, 2016

MASAK AYAM BERMADU MAMAK

mASAK AYAM BERMADU MAMAK

Bahan-bahan A:

1.5 kg. ayam organik
1 biji bawang besar – dihiris bulat
3 senduk nasi cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar madu
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar perasa TUMIX berkuah
Garam
Air secukupnya

Bahan-bahan B (ditumis):

1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan C (dikisar):

1 biji bawang merah saiz besar
5 ulas bawang putih

Cara-caranya:

1. Ayam digaramkunyitkan, kemudian digoreng hingga masak (jangan sampai garing).

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B diikuti dengan bahan-bahan C.

3. Bila telah naik bau, masukkan cili kering kisar. Gunakan api sederhana dan biar cili mereneh di atas dapur sehingga terbit minyak. Kalau nak cili cepat masak, boleh tutup kuali.

4. Selepas cili masak, masukkan sos tiram, madu, gula perang, garam, perasa TUMIX dan air secukupnya. Masak sehingga kuah mendidih.

5. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Kaupbalikkan dan gaul rata. Masak sehingga kuah pekat sedikit.

6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Gaul rata dan bolehlah ditutup api.

7. Semasa menghidang bolehlah ditabur sedikit daun kari di atasnya.

Sunday, January 3, 2016

RESEPI APAM BALIK RANGGUP

RESEPI APAM BALIK RANGGUP

Bahan-bahannya :
●  ½ cawan gula pasir
●  1 biji telur
●  1 ½ cawan air
●  2 cawan tepung gandum
●  ½ sudu teh soda bikarbonat
●  1 sudu teh baking powder

Bahan utk di tabur :
●  Gula Pasir
●  Jagung Krim
●  Kacang tanah – ditumbuk kasar

Cara-caranya :
1. Mesin gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, mesin hingga sebati.

3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.

6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

Selamat mencuba.... :-) Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
#resepi
----------------------------
Denaihati Network
Denaihati.com
denaihati.eQurban.com
Wakaf.denaihati.com
Jemaah.denaihati.com