Products available

Friday, December 25, 2015

BISKUT CHEESE

BISKUT CHEESE
Tengah Mencari Tepung yang Tak perlu bakar atau Kukus. ??
Boleh cari disini ➨➨ Tepung Cheese Cake - Sedap, Mudah dan Halal

Bahan :
1/2 tin susu pekat manis
1 pack biskut cracker
250g cream cheese
1 kotak kecil susu segar
150g nestum

Cara :
1.Campurkan susu pekat bersama cream cheese.pukul hingga sebati dan gebu.
2.Celupkan biskut dlm susu segar sebentar.jangan sampai kembang.
3.Susun biskut dalam bekas.
Pipingkan adunan cream cheese tadi.
4.taburkan nestum hingga rata atas cream cheese.
5.ulang langkah 2,3,4 hingga habis.
6.sejukkan dalam peti ais.
7.sedia dimakan

Selamat mencuba..!

Saturday, December 19, 2015

IKAN SINGGANG TRADISIONAL KELANTAN

IKAN SINGGANG TRADISIONAL KELANTAN

.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol- basuh dengan cuka dan siram bersih.
1 labu bawang putih-ketuk je dan buang kulit.
1 inci lengkuas (aku pastikan lengkuas mesti ada)
4-5 keping asam gelugor/asam keping bergantung pada saiz.
2 inci nise/gula melaka
Garam secukupnya.
Lada hijau solok secukupnya- boleh letak cili api juga
Bendir jika suka

*serai tidak dibubuh dalam singgang kelate
*tapi kunyit dan halia ada yang suka bubuh.

Cara-caranya:

Masukkan ikan dan air secukupnya ke dalam periuk- biar tenggelam ikannya.
Masukkan bawang putih, lengkuas, cili dan asam.
Masukkan terus gula nise/gula melaka dan garam.
Masak dengan api perlahan dalam 20 minit. Tambah air jika kuahnya berkurang.
Bila hampir ditutup apinya, boleh masukkan bendir. Siap.

Makanlah dengan nasi panas bersama ulam dan budu ataupun sambal belacan.

Beware!!!!! amaran keras kepada sesiapa yang sedang diet...anda dilarang masak singgang ni kerana sudah pasti anda akan bertambah2 nasi

Thursday, December 17, 2015

Resepi Donut Big Apple

Resepi Donut Big Apple@J'Co...
Bahan,
3 cwn tepung Pau,
1 sdb yis(dicampur dengan 1/2 gelas air sejuk dan 2 sdb gula)
1 sdk baking powder,
1 sdk dough softener,
1 sdk bread improver,
1 sdb shortening,
1/2 sdk garam,
4 sdb susu cair@ susu kotak,
Caranya,
Gaulkan tepung bersama semua bahan kecuali yis,
Setelah sebati baru masukkan yis dan mula uli...hingga
Adunan menjadi doh uli dalam masa lebih kurang 20 minit tanpa henti,
Perapkan adunan di dalam bekas dan tutupkan dengan kain lembab,
Dlm masa 30 minit, ambil adunan dan canaikan tebal 1 cm kemudian
Terapkan... Biar lagi selama 20 minit sebelum digoreng dlm minyak panas api sederhana...jgn kuat...
Siap..boleh gayakan dengan apa apa topping
Topping cekelat
Cairkan Secawan coklat kompaun...dengan teknik double boiled..dah cair tutup api dan masukkan suku cwn susu sejat kemudian kacau sampai berkilat...siap

Wednesday, December 16, 2015

KUIH TEPUNG GOMAK

KUIH TEPUNG GOMAK

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.