Products available

Tuesday, September 29, 2015

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH
Bahan-bahan untuk nasi:
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air
Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.
Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
Bahan-bahan untuk sambal belacan:
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis
Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.

cara buat rempah rempah

REMPAH GARAM MASALA...
BAHAN-BAHANNYA
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA
Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus...


REMPAH KARI KURMA....
BAHAN-BAHANNYA
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..


REMPAH KARI DAGING/AYAM.....
BAHAN-BAHANNYA
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..


REMPAH KARI IKAN.....
BAHAN-BAHANNYA
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

MEE REBUS TULANG

MEE REBUS TULANG
Bahan-Bahan:
Bahan Untuk Sup/Kuah –
Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia – diketuk
1 inc kunyit – diketuk
1 inc lengkuas – diketuk
2 batang serai – diketuk
1 kiub daging
Garam secukup rasa
Bahan Rencah –
3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 inc kunyit hidup – dikisar
30 tangkai cili kering – dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
1 cawan air asam jawa
1 kiub daging
1 buku gula melaka
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:
Cara Memasak Sup/Kuah –
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.
2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara Memasak Rencah –
1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.
3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.
5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.
6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak..

SIAKAP STIM

SIAKAP STIM
Bahan-Bahan:
1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air
Cara penyediaaannya:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

KARI IKAN INDIAN STYLE

KARI IKAN INDIAN STYLE
2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa, aku guna ikan sagai.
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa
Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.
Tumis hingga harum dan bawang garing.
Bila dah garing masukkan bahan kisar
Masak lagi hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.
Masak hingga cili benar-benar garing.
Kemudian masukkan rempah kari ikan.
Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.
Kemudian tambahkan air.
Biarkan ia merenih sebentar.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.
Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka

AYAM PANGGANG RINGKAS

AYAM PANGGANG RINGKAS
Bahan-bahannya;
1 ekor ayam saiz sederhana/kecik dibersihkan. Cuci dengan sedikit cuka dan toskan.
3 ulas bawang putih-mesin
1 inci halia-mesin
10 biji lada hitam-mesin
2 sudu sos tiram
2 sudu madu
1 kiub pati ayam
2 sudu rempah stik - yg saya punya ni dah bergaram, jadi saya dah tak masukkan garam lagi.
2 sudu butter
Sedikit air untuk mesin bahan
Ubi kentang-potong
1 batang celery-potong
1 biji tomato-potong dua
1 biji lemon-potong
1 batang karet-potong
1 labu bawang besar-potong
Cara-cara;
Mesinkan bawang putih, halia dan lada hitam.
Lumuskan pada ayam luar dan dalam.
Lumurkan juga sos tiram, madu, kiub pati ayam,rempah stik dan butter.
Perap dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam dalam mangkuk untuk dibakar.
Gaul2kan sayur tersebut dengan sos rempah beserta ayam tadi dan susun semula di sekeliling ayam sebelum dibakar
Masukkan sebahagian sayur terutama lemon ke dalam ayam.
Saya gunakan microwave oven suhu 250 C selama 2 jam .
Setiap setengah jam saya keluarkan ayam tadi dan ambil airnya untuk disiram di atas ayam dan sayur supaya tidak kering.
Bila dah masak dan ada sedikit kesan hangus di atas ayam, keluarkan.
Susun ayam dan sayur di atas pinggan hidangan.
Siap untuk dipotong. Tuangkan sos yang terhasil dlm mangkuk pembakarke atas ayam dan sayur. Done. Wallaaa.

SAMBAL BELACAN ISTIMEWA KELANTAN

SAMBAL BELACAN ISTIMEWA KELANTAN
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga kembang , buang biji dan cuci bersih
20 tangkai cili merah
20 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 biji tomato
Ikut resepi asal, bawang merah dan bawang putih di bakar, lada kering di rebus. tapi aku satukan semua dan goreng dalam sikit minyak. aku buat ala-ala sambal jawa
Cili kering dan cili merah tu potong kecil
Satukan semua bahan, panaskan minyak dan goreng hingga layur
1 keping belacan ~ di bakar
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan cuka masak
limau nipis atau limau kasturi, ambil jusnya ~ bergantung kepada kemasaman
1/4 biji nenas ~ buang empuulr tengah dan cincang halus
1 biji pelam muda ~ parut halus
2 labu bawang besar ~ di mayang halus, gaul dengan garam, ramas-ramas sikit dan cuci bersih ( yang ni aku tak letak )
Bahan yang kita dah goreng tadi masukkan dalam blender bersama cuka, belacan, garam dan gula. Kemudian kisar halus. Boleh juga di tumbuk
Masukkan bahan yang di kisar dalam mangkuk
Tuangkan nenas dan pelam yang di parut tadi. Jika ada letak bawang hiris masukkan sekali
Gaul rata
Perasakan garam dan gulanya
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis
Sedia di hidangkan bersama lauk pauk idaman
Selamat menjamu selera

CEKODOK PISANG GEBU DAN TEMBAM

CEKODOK PISANG GEBU DAN TEMBAM
8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ aku tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.

Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, aku buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 

Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.

Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

Wednesday, September 23, 2015

Rempeyek

 Rempeyek
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Bersihkan dan toskan kacang tanah. Bancuh tepung beras bersama-sama bahan lain. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan tempeyek tadi.
Selamat Mencuba heart emoticon smile emoticon
Jom share resepi ni heart emoticon
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq

Tuesday, September 22, 2015

Bubur Sum-sum

Bubur Sum-sum


Bahan-bahan ( dapat 1 loyang.. )
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
secubit garam
untuk air gula:
2 buku gula melaka
1 sudu besar gula merah (untuk nampak warna air gula pekat sedikit)
2 sudu besar gula pasir
air secukupnya (bergantung kepada kepekatan air gula)
3 helai daun pandan. (untuk mewangikan air gula)
Cara-cara
Masukkan tepung beras, secubit garam n santan kedalam periuk.
Kacau perlahan2, menggunakan api yg kecil. Kacau sehingga ligat @ pekat.
Bila da ligat, masukkan kedalam loyang. Sejukkan.
Untuk air gula, campurkan kesemua bahan n biar mendidih @ sehingga gula melaka n gula merah larut.
Setelah siap,tapiskan air gula tersebut.
Sedia untuk dimakan.

Nasi Lemak Kukus Ayam Rempah

Nasi Lemak Kukus Ayam Rempah


Bahan-bahan: (Nasi Lemak Kukus)
5 cawan beras
Santan pekat
3 helai daun pandan
Sedikit Garam
Daun pisang
Bahan-bahan : (Sambal Ikan Bilis)
2 Mangkuk kecik ikan bilis (Siap kopek & basuh)
1 biji bawang bombay (Di blend)
5 sudu cili giling
8-10 bawang merah (Dihiris)
1 Inci belacan bakar
1/2 sudu gula
100ml air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit garam
Bahan-bahan : (Ayam Goreng Rempah)
1 ekor ayam (Potong 8)
1 biji telur
2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**
1 1/2 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (disangai dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari
1 sudu gula
3 sudu kecil garam
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah kari ayam
sedikit kunyit
Bahan-bahan : (Sampingan)
100g kacang tanah
4 biji telur rebus
1 biji timun
Cara-caranya
1) Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam. Didihkan air dalam pengukus. lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus.(jangan besar, nanti beras terkeluar). Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
2) Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
3) Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.
4) Bersihkan ayam. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. kisar hingga serai hancur. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur. Satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula. Gaul ayam bersama aduan dan perap selama 1 jam (Lagi lama perap, lagi sedap).
5) Panaskan minyak dengan api sederhana. (Pastikan minyak banyak supaya goreng sekata). Masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan warna keperangan. Toskan dan diletakkan ke dalam pinggan.
6) Panaskan minyak didalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan apabila masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili giling bersama-sama belacan dan bawang blend sehingga cili giling itu masak. Masukkan bawang yang dihiris bersama air asam jawa dan masak seketika. Letakkan sedikit gula dan garam untuk menambah rasa. Akhir sekali,
masukkan ikan bilis dan gaul sekata sehingga masak dan pekat.
7) Siap
Note : Lebih enak masak ayam ketika hendak dihidangkan supaya ayam dalam keadaan panas.

Friday, September 11, 2015

IKAN SIAKAP SWEET SOUR with KERABU MANGGA

IKAN SIAKAP SWEET SOUR with KERABU MANGGA
1 ekor ikan siakap-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
3 biji bawang merah-ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 in halia-dihiris panjang2
1 biji tomato-dipotong dadu
1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 lobak merah-dipotong dadu
sedikit nenas-dipotong dadu
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.
Untuk kerabu mangga pulak
2 biji mangga muda
2-3 biji bawang kecil
Cili padi
Udang kering
Kacang goreng (tumbuk sikit)
Gula
Sos Ikan Thai (Nampla Sos)
Parutkan mangga. Gaul dgn bawang & cili yang dah dipotong kecil. Masukkan udang kering. Yg ni optional. Pastu masukkan sos ikan & sedikit gula. Rasa & tambah la apa-apa yang patut. Then masukkan kacang.