Products available

Monday, August 31, 2015

APAM LENGGANG SEDAP

...
.
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8sudu besar gula
1cwn air
1cwn santan pekat
1biji telur
CARA-CARA
1- Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3jam
2-masukkan santan dan gaul lagi
3-panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
4-kalo pki non stick pan x perlu gris minyak
5-masak dgn api perlahan...bila dh kekuningan blhlah digulung atau dilipat dua...siappp...sedap mkn panas2...


Friday, August 28, 2015

Kuih Apam Nasi

Kuih Apam Nasi
1 cwn nasi sejuk
1 1/2cwn air ( air suam)
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula
1 sudu kecil yis ( mauripan)
cara
1. beland nasi nasi +air +gula
2. tepung gandum+ tepung beras + yis
3. campur bahan 1 dan 2 ...kcau sebati
4. perap 3jam
5. dah naik ltak warna kesukaan
6. akhir kukus smpi masak..
tertinggal ...acuan sapu minyak ya.
...klu tak nk manis gula boleh kurang kn..
slmt mencuba...


penambahan
**kukus selama 30 minit
** dapat lebih kurang 30 biji
**nasi sejuk. nasi lebihan masak

DAGING MASAM_MASAM MANIS NONA MANIS

DAGING MASAM_MASAM MANIS NONA MANIS
Boleh juga hidangkan bersama buah strawberi jika suka.
BAHAN A:
500gm daging } dipotong kecil dan direbus hingga empuk
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos tiram
125ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (DIHIRIS):
2 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
BAHAN C (DIKISAR):
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
20 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:
Masukkan minyak ke dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus empuk tadi. Apabila agak garing, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing dan naik bau.
Setelah itu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan air asam jawa dan biar mereneh seketika.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.
Kemudian masukkan bahan yang dihiris dan daging.
Gaul sebati hingga kuah berkenaan pekat

Thursday, August 27, 2015

GULUNGAN AYAM PERCIK

GULUNGAN AYAM PERCIK
Sebaiknya dada ayam dileperkan sedikit supaya memudahkan ia digulung.
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam
1 batang serai | diketuk
1 helai daun kunyit | dicarik
1 keping asam keping
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh serbuk perasa

BAHAN KISAR:
5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm halia
1.5cm lengkuas

CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga kering.
Kemudian masukkan santan, serai dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Setelah itu perasakan secukupnya.
Sudu kuah di atas dada ayam dan digulung dengan kemas menggunakan benang kulinari.
Akhir sekali, bakar sehingga masak sempurna.
Like   Comment   

Tuesday, August 18, 2015

ACAR BUAH

RESEPI ACAR BUAH
==================
Bahan A
Buah Cherry
Jeruk buah Pala
Aprikot
Kismis
Jeruk pelam
Buah Kana
Asam kulit Limau (cam dlm gambo)
Kurma (buang biji)
Lobak masin (potong kecik2)
(Atie guna yg nii..uolls boleh letak apa2 pun k)
Bahan B
Cuka 1 botol kecil
Gula pasir 4sb
Garam sikit je
Bawang putih 15 biji (belah 2)
Bawang merah 15 biji (belah 2)
Halia 5 inci (mayang halus)
Satukan bahan2 nii..rendam semalaman
Atie rendam 5 jam je
Bahan C
Rempah kerutuk Adabi 1 paket kecik
Cili kering 15 tangkai (blender)
Bawang merah 5 biji (mayang)
Bawang putih 5 biji (mayang)
Gula Melaka 3 keping
Cara menyediakannya
Tumis bahan C sampai betul2 pecah minyak,
Pastu tuang cuka dari bahan B..masuk cuka dulu.
Pastu masukkan bahan A..bila dah agak2 sebati,
Masukkan bahan B ...masak sampai kering sikit.
okey tambah apa yg patut..Camtu je
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Sumber fb Atie Jumaat

NASI AYAM

RESEPI NASI AYAM
Bahan-bahannya :
Bahan untuk ayam (direbus) :
● 1 ekor ayam dipotong 8
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 2 cm halia, ditumbuk halus
● 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
● 1 sudu besar kicap pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 cm halia, ditumbuk halus
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 1 sudu besar kicap cair
● Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
● 3 cawan beras
● 4 cawan air rebusan ayam
● 2 sudu besar butter
● 1 cm halia ditumbuk halus
● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
● Sedikit garam
● 2 bunga lawang*
● 4 buah pelaga*
● 1 kayu manis*
● 1 batang serai ketuk
● 2 helai daun pandan
● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
● 5 biji cili merah
● 3 ulas bawang putih
● 2 cm halia
● 1 sudu besar cuka
● 1 sudu teh garam
● 1 sudu teh gula
● 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
● Air rebusan ayam
● 1 biji bawang besar, dikisar
● Rempah sup bunjut
● Garam
● Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
● Kuah kicap perapan ayam di atas
● Kicap manis cap kipas udang
● Sedikit garam
● Air rebusan ayam
Cara Penyediaan:
Untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter dan tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Untuk kuah kicap :
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti

Monday, August 17, 2015

IKAN KERISI MASAK TAUCHO

IKAN KERISI MASAK TAUCHO
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi (boleh juga ganti dengan ikan lain)
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang merah *
7 biji cili padi *
1 biji lada merah *
2 biji lada hijau *
1 camca kecil air asam jawa
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula pasir
1 senduk taucu
Sedikit minyak masak
Sedikit kunyit serbuk
(Bahan bertanda * - dihiris)
Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.
2. Sapukan sedikit garam dan kunyit serbuk pada ikan dan goreng hingga garing.
3. Angkat dan asingkan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan cili padi kedalam kuali yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.
5. Goreng dan balik-balikkan.
6. Masukkan pula air asam jawa, belacan, kicap manis, taucu, gula. Kacau hingga rata.
7. Setelah mendidih baru masukkan ikan.
8. Balik-balikkan selama beberapa minit dan setelah beberapa minit dan setelah kuahnya likat matikan api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.
Like   Comment   

Friday, August 14, 2015

CHICKEN CHOP

RESEPI CHICKEN CHOP
BAHAN- BAHAN
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Kek Pandan



KUAH ROJAK SEDAP

KUAH ROJAK SEDAP
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ dapurku sayang
Bahan-bahan :
Sos Kuah Rojak Home made
1 botol kecil kicap lemak masin yg kecil [aleen guna lemak manis]
1 paket gula merah [cap ada bintang 500gm berat]
100gm gula pasir
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3 sudu makan petis udang
3 - 4 sudu makan cili kering blender [nak pedas lebihkan]
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
250gm tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
cara-cara :-
- masukkan semua bahan ke dlm periuk kecuali bancuhan tpg ubi, tpg ubi tu ketepikan dulu.
- masak atas api hingga licin, [jika ada rasa kurang tambahlah apa yg perlu]
- masukkan sedikit demi sedikit tpg ubi, kacau tanpa henti supaya tak bergentel
- masak hingga kuah sdkt pekat dan licin
- akhir sekali, masukkan bijan yg dh digoreng tanpa minyak tadi. gaul mesra.. tutup api, sejukkan
- simpan dlm bekas, bila2 nak makan ambil ajer..
CADANGAN HIDANGAN ~> TUMBUK KCG TANAH YG DAH DIGORENG TABUR DLM ROJAK BUAH. SEDAP ..
SELAMAT MENCUBA !!!

Wednesday, August 12, 2015

Ayam goreng nasi kandar peneng

Ayam goreng nasi kandar peneng
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg. Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan

Sunday, August 9, 2015

Cokelat Farero Malaysia

Farero Malaysia..
250g marjerin
150 gula castor
1 bji kuning telor
30g serbuk roti
100 g serbuk badam
100 g tpg jagung
300g tpg red rose
Badam cincang(panggang dhulu)
Putih telor
Marjerin..gula..kuning telor mix sampai kembang..
msukkn serbuk roti..tpg jgung..tpg redrose..uli sampai jdi doh..
Buat bulat2 salut ngan putih telor..n golekn ats badam cincang..kemudian bakar selama 30 minit..180%
Bila.da sejuk bole salut ngan coklat masakan.


Sup Siam

Resepi Sup Siam
Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa
Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawan

Saturday, August 8, 2015

NASI HUJAN PANAS

 NASI HUJAN PANAS ðŸŒ¸
Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

Monday, August 3, 2015

SIAKAP STIM ASAM BOI

SIAKAP STIM ASAM BOI


S'ekor ikan siakap bsaiz sderhana (dcuci dgn air asam jawa utk mhilangkn bau)

1 ulas bawang besar ( didadu )
2 ulas bawang putih ( dketuk )
2 btang serai ( dketuk )
5 cili padi ( dhiris bulat )
1 limau kasturi (ambil jusnye)
1 tomato ( dbelah 6 )
5 biji asam boi (drendam dgn sdikit air suam)
11/2 sudu mkn sos tiram
1 sudu teh lada itam
1/2 kiub ayam knorr
5 helai daun limau purut
Sdikit halia (dmayang )
Sdikit brokoli
Sdikit ajinamoto (abaikn jika xperlu)
~ambil satu bekas, campurkan sos tiram, air rendaman asam boi, perahkn limau kasturi, lada itam, kuib ayam knorr dan ajinamoto...gaul... sebatikan rasa...klu kurang masin tambah cikit sos tiram....tuangkan di atas ikan yg telah dmasukan dlm loyang atau bekas yg sesuai utk mgukus...sudukn sos tadi ke dlm perut ikan dan kepala ikan...
~serai dmasukan dlm perut ikan, taburkan bahan hirisan (sparuh dulu) seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili, daun limau purut dan tomato...panaskn pgukus....kukus slama 20 minit....bukak pnutup pgukus, masukan brokoli dan lebihan bahan hirisan tadi.... kukus lagi selama 5 minit (klu perlu...boleh curi2 rasa samada cukup masin, masam ke tidak...klu tidak, bolehlah tmbah pe yg perlu.... ) ok siap...bolehlh dihidangkn..

Saturday, August 1, 2015

Durian Crepe

Durian Crepe
==========
BAHAN-BAHAN :
(Membuat kulit luar – 5 keping)
- 64g tepung
- 2 sudu besar gula
- 120ml Susu segar
- 60ml air suam
- 14g mentega cair
- Secubit garam
- Pewarna kuning (terpulang)

(Membuat Isi)
- 227g isi durian (tanpa biji)
- ½ cawan whipping cream
- 1 sudu esen vanila
- ¼ gula aising
- 2 sudu besar air sejuk
- Gelatin (pastikan ia halal)

CARA-CARANYA :
(Cara membuat kulit luar )
1) Gaulkan 2 biji telur, 2 sudu besar gula, secubit garam, mentega yang telah dicairkan, tepung, susu dan air suam sehingga sebati.
2) Tapis adunan tersebut dan biarkan ia selama beberapa minit.
3) Kemudian, titiskan pewarna dalam adunan dan gaulkan sehingga warna menjadi rata.
4) Panaskan non-stick pan dan sapukan sedikit mentega lalu tuangkan adunan tepung ke dalam kuali dan ratakan ia mengikut bentuk kuali (tak perlu terbalikkan adunan tepung).

(Cara membuat isi)
1) Tinggalkan shipping cream yang telah di kacau ke dalam peti ais (freezer) selama 5 minit kemudian ‘pukul’ ia sehingga kembang.
2) Perlahan-lahan masukkan gula aising dan gaul sehingga sebati.
3) Masukan sesudu esen vanila dan campurkan gelatin bersama air suam dan di campurkan dengan krim pekat yang telah di panaskan dengan cara double boiled.
4) ‘pukul’ adunan ini sehingga ia benar-benar kembang dan menjadi seperti spongy dan asingkan ia sebentar. Sementara itu, gaulkan isi durian sehingga rata dan asingkan ia juga.

Cara Membungkus :
1) Ambil sekeping kulit crepe dan letakkan sesudu besar adunan krim dan isi durian di tengah bulatan. (pastikan kamu menggunakan bahagian atas kulit bukan bawah ya)
2) Kemudian, tarik sedikit isi tersebut supaya menjadi panjang (jangan terlalu panjang) dan lipatkan ia dengan cara hujung bertemu tengah. (seperti gerakan menutup tingkap dua pintu). Nah, kini kamu boleh nikmati Durian Crepe buatan sendiri!
JOM SHARE DI WALL MASING-MASING
Sumber : Rasa/karangkraf
Jika Anda Suka ?? Sila Komen "SHARE"
Ingin Menu yang lazat ada 1001 menu !!!
=================================
Sila follow and like page dibawah: Banyak Menu Menanti anda
https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah
Peluang Jana Income Dari Rumah >> sila SMS : DARA ke 0127927901

AYAM MASAK PANDAN

AYAM MASAK PANDAN
Bahan-Bahan:
4 ketul ayam (dipotong kecil)
2sb air limau
sedikit garam
2 helai daun pandan (dihiris kasar)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong kasar)
1 tangkai daun bawang/daun sup – dipotong
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan Dimesin Halus:
1 batang serai
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai lada kering yang dah direbus
3 tangkai cili padi
3 biji buah keras
2 in halia
1 in lengkuas
sedikit kunyit basah
Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan air limau dan garam selama beberapa minit. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Kemudian masukkan bahan yang dihiris kecuali tomato dan daun sup. Biarkan sebentar.
3. Masukkan ayam, kiub ayam, garam , gula dan sedikit air, masak hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun sup, biarkan sebati dan rasakan garam dan gula. Semua dah ok, tutup api dan hidangkan panas.
Like   Comment   

RENDANG AYAM CILI API

RENDANG AYAM CILI API
Bahan-Bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa
Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.