Products available

Friday, December 25, 2015

BISKUT CHEESE

BISKUT CHEESE
Tengah Mencari Tepung yang Tak perlu bakar atau Kukus. ??
Boleh cari disini ➨➨ Tepung Cheese Cake - Sedap, Mudah dan Halal

Bahan :
1/2 tin susu pekat manis
1 pack biskut cracker
250g cream cheese
1 kotak kecil susu segar
150g nestum

Cara :
1.Campurkan susu pekat bersama cream cheese.pukul hingga sebati dan gebu.
2.Celupkan biskut dlm susu segar sebentar.jangan sampai kembang.
3.Susun biskut dalam bekas.
Pipingkan adunan cream cheese tadi.
4.taburkan nestum hingga rata atas cream cheese.
5.ulang langkah 2,3,4 hingga habis.
6.sejukkan dalam peti ais.
7.sedia dimakan

Selamat mencuba..!

Saturday, December 19, 2015

IKAN SINGGANG TRADISIONAL KELANTAN

IKAN SINGGANG TRADISIONAL KELANTAN

.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol- basuh dengan cuka dan siram bersih.
1 labu bawang putih-ketuk je dan buang kulit.
1 inci lengkuas (aku pastikan lengkuas mesti ada)
4-5 keping asam gelugor/asam keping bergantung pada saiz.
2 inci nise/gula melaka
Garam secukupnya.
Lada hijau solok secukupnya- boleh letak cili api juga
Bendir jika suka

*serai tidak dibubuh dalam singgang kelate
*tapi kunyit dan halia ada yang suka bubuh.

Cara-caranya:

Masukkan ikan dan air secukupnya ke dalam periuk- biar tenggelam ikannya.
Masukkan bawang putih, lengkuas, cili dan asam.
Masukkan terus gula nise/gula melaka dan garam.
Masak dengan api perlahan dalam 20 minit. Tambah air jika kuahnya berkurang.
Bila hampir ditutup apinya, boleh masukkan bendir. Siap.

Makanlah dengan nasi panas bersama ulam dan budu ataupun sambal belacan.

Beware!!!!! amaran keras kepada sesiapa yang sedang diet...anda dilarang masak singgang ni kerana sudah pasti anda akan bertambah2 nasi

Thursday, December 17, 2015

Resepi Donut Big Apple

Resepi Donut Big Apple@J'Co...
Bahan,
3 cwn tepung Pau,
1 sdb yis(dicampur dengan 1/2 gelas air sejuk dan 2 sdb gula)
1 sdk baking powder,
1 sdk dough softener,
1 sdk bread improver,
1 sdb shortening,
1/2 sdk garam,
4 sdb susu cair@ susu kotak,
Caranya,
Gaulkan tepung bersama semua bahan kecuali yis,
Setelah sebati baru masukkan yis dan mula uli...hingga
Adunan menjadi doh uli dalam masa lebih kurang 20 minit tanpa henti,
Perapkan adunan di dalam bekas dan tutupkan dengan kain lembab,
Dlm masa 30 minit, ambil adunan dan canaikan tebal 1 cm kemudian
Terapkan... Biar lagi selama 20 minit sebelum digoreng dlm minyak panas api sederhana...jgn kuat...
Siap..boleh gayakan dengan apa apa topping
Topping cekelat
Cairkan Secawan coklat kompaun...dengan teknik double boiled..dah cair tutup api dan masukkan suku cwn susu sejat kemudian kacau sampai berkilat...siap

Wednesday, December 16, 2015

KUIH TEPUNG GOMAK

KUIH TEPUNG GOMAK

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, November 24, 2015

CAKOI RECIPE

CAKOI RECIPE
Ingedients :
● 1 kg self rising flour
● 11g Instant Yeast
● 2 ½ cups water
● ½ cup sugar (diluted in water)
● ½ cup oil
● ½ teaspoon of bicarbonate of soda
● 1 tablespoon of garlic granules/powder (if desired for added flavour)
● Salt to taste
Directions :
1. Mix ingredient into a dough. Water can be reduced depending on the consistency of the dough since flour comes in different quality.
2. Leave dough for 20 - 30 mins in a container covered with moist cloth.
3. Heat up enough oil in a wok for deep frying. Cut the dough into strips of 1" x 5". Join 2 strips together, one on top of the other and press the two strips together lengthwise using a oiled chopstick. Stretch the dough and fry in the hot oil until golden brown. Repeat the process with the rest of the dough strips.
Split cakoi with knife in the middle and spread with seri kaya and butter.

Sunday, November 15, 2015

Donat Mini extra Kentang

Donat Mini extra Kentang
Bahan-bahan

- 350 grm Kentang
- 350 grm Tepung Terigu protein tinggi
- 1/2 bungkus Ragi instan
- 2 butir telur Kuningnya saja
- 40 grm Susu bubuk
- 60 grm Gula halus atau gula pasir
- 4 sendok makan Mentega
- 100 ml Air putih
- Minyak goreng secukupnya

Cara membuat

Kupas terlebih dahulu kentangnya lalu kukus sampai matang, setelah mateng angkat dan haluskan pakai sendok selagi panas, dan diamkan sampai dingin
Sambil nunggu kentang dingin kita siapkan bahan yang lain, Campur tepung terigu, gula, ragi dan susu bubuk lalu aduk sampai merata kemudian Masukan telur dan kentang yang tadi anda haluskan dan aduk lagi sampai menyatu.

Lalu tambahkan air sedikit demi sedikit pakai sendok makan sampai adonan terlihat setengah kalis
Kemudian masukan mentega, aduk sampai kalis sempurna. Bila adonan agak terlalu basah dan lengket di tangan tambah terigu lagi kira-kira 1 sendok makan, aduk-aduk terus sampai licin elastis dan mengkalis. Diamkan adonan beberapa menit sampai adonan mengembang

Setelah adonan mengembang, kempiskan pakai tangan dan cetak adonan donat satu persatu kemudian letakan di wadah yang sudah di taburi sedikit tepung supaya tidak lengket. Setelah selesai di cetak semuanya, diamkan kembali kira-kira 35menitan sebelum anda menggorengnya
35 menit berlalu mulai goreng donat dengan api sedang sampai berubah warnanya menguning keemasan, angkat dan tiriskan. 

Lalu olesi mentega dan taburkan gula tepung atau cokal ceres dan keju tergantung selera masing-masing.
Hidangkan donat untuk keluarga di rumah, selamat mencobanya di rumah anda masing-masing, semoga berhasil.

Cerita di balik resep ini

Donat ini di namakan ekstra kentang karena perbandingannya 1:1 dengan terigu. Rasanya juga sangat lembut di mulut, manis dan kentangnya kerasa banget. Kelebihan donat exstra kentang ini meskipun polos tanpa toping apapun rasanya tetap menggugah selera. Selain itu bila kita Goreng di sore hari dan tidak habis,kita simpan dan di makan di pagi hari pun masih terasa empuk dan lembut/tidak bantat.. asla anda tahu Kentang mengandung banyak serat, kalium, vit c dan nutrisi lainnya jadi sangat banyak sekali gizinya buat tubuh kita.. maka dari itu Donat mini ekstra kentang ini layak dicoba dan di jadikan konsumsi sehari-hari!!!

Tips

Pilih kentang yang masih segar dan cuci sampai bersih dan kentang mengandung air,sedikit rasa manis alami, lebih baik tambahkan air dikit demi sedikit pada adonannya

Resepi Nasi Arab Simple

Resepi Nasi Arab Simple
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam) 
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
* SELAMAT MENCUBA *

Friday, November 13, 2015

Buat cheesecake dgn hanya 3 bahan

Ayob Hussin shared Rizal Hakimm's video.
6 hrs
595,734 Views
Rizal Hakimm uploaded a new video.
August 7
Ini sangat COOL!!!
Bagi yg suka memasak sila tengok..
Buat cheesecake dgn hanya 3 bahan.

Thursday, November 12, 2015

Roti Arab

Roti Arab

Bahan : (dah buat)
500 gm Tepung gandum
2 sd Marjerin
2 sd. Gula pasir
1/2 bungkus mauripan
Sedikit Garam

220 gm Air sejuk

NASI MANDY YEMENI

NASI MANDY YEMENI
Rempah Mandy:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar bunga cengkih
2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pala
1 sudu makan halia kering( saya pakai serbuk je)
4 helai daun bay/salam


Grind semuanya sampai halus ( rempah -2 sudu besar utk perap ayam dan 1 sudu utk nasi.)

REMPAH SUP DAGING

REMPAH SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 sudu biji rempah
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkeh
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 isi buah pala asa. 

2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.

3.  Sup bunjut sedia digunakan.

REMPAH SUP BUNJUT

REMPAH SUP BUNJUT
Bahan-bahan:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkeh
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara membuatnya:
1.  Cuci bersih semua rempah.  Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa. 
2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.

3.  Sup bunjut sedia digunakan.

Cara membuatnya:
1.  Cuci bersih semua rempah.  tumbuk atau kisar halus.
2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3.  Sup bunjut sedia digunakan.

TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan, tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing.  Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur.  Tambahkan daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak diketahui namanya)vuntuk sup ikan.
ukkan rempah dalam 1 helai kain kasa. 

2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3.  Sup bunjut sedia digunakan.

REMPAH KARI KURMA

REMPAH KARI KURMA
Bahan-bahan:

6 camca kas kas
3 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah-patahkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1/2 camca teh serbuk kunyit


Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.

2.  Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

REMPAH KARI IKAN

REMPAH KARI IKAN
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit.  Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2.  Kisar rempah sehingga halus.
3.  Tambah serbuk kunyit dan gaul rata.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

REMPAH KARI DAGING/AYAM

REMPAH KARI DAGING/AYAM
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit.  Kemudian jemur hingga kering.
2.  Goreng tanpa minyak sehingga harum dan kiar hingga halus.
3.  Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.

REMPAH GARAM MASALA

REMPAH GARAM MASALA
Bahan-Bahan:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas, keringkan dan jemur hingga kering.  Goreng tanpa minyak semua sekali sehingga harum.  Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
2.  SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tetapi berwarna  hitam, rasa seakan-akan daun pudina.  Agak sukar didapati, tetapi boleh dijumpai dikedai-kedai inda menjual rempah ratus.

REMPAH PASTE KERUTUK AYAM ATAU DAGING

REMPAH /PASTE KERUTUK AYAM ATAU DAGING
Bahan-bahannya :


BAHAN A
½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
8 ulas bawang putih
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci

CARA :
1.        Kesemua bahan a dimayam halus/ atau dihiris halus.
2.       Digoreng menggunakan minyak yg byk, sampai garing sepertimembuat bwg goreng..garing.
3.       10 tangkai cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng bahan a.
4.       Kesemua bahan ini  digaul rata dan diblender/ kisar


BAHAN B
4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa ½ cawan yg sudah dibancuh
2 atau 3 sudu makan Gula Melaka

BAHAN C
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) untuk
 Menumis

BAHAN D (REMPAH )
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
8 sudu ketumbar




NOTA ;
 Bahan-bahan ini goreng tanpa Minyak ,
 Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). (Jumlah sukatan di atas selepas kisar )
1 sudu makan Kunyit serbuk
Kerisik ½ biji kelapa.
Garam secukup rasa.

CARA-CARA
1.       Tumiskan rempah 4 friend forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2.       Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3.       Masukkan bahan B, bahan C  serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.

4.       Dah siap

Bahan Pes Tomyam:

Bahan Pes Tomyam:

7 ulas bawang merah   
 Tiqa gantikan dengan 2 biji bawang besar yg besar gila .
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah   
 
10 biji cili kering 
 .
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar   
  
Air asam jawa
Gula dan garam

Wednesday, November 4, 2015

Petua melembutkan daging dan ayam tua

Ayob Hussin shared Rahsia Hawa's photo.
15 hrs
Rahsia Hawa with Aien Ailis and 2 others
17 hrs
PETUA MELEMBUTKAN AYAM TUA
Boleh cuba mana-mana cara berikut...
1. Lada hitam dan halia
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.
2. Tempurung kelapa
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
3. Tebu
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
4. Biji selasih
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
5. Daun pisang abu
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
6. Air kelapa
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.
7. Pangkal daun nenas
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
8. Buah nanas
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
9. Buah betik muda :
Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda
Comments
Joe David · Friends with Abe Nuar
untuk daging ngan itik perap dalam nenas yg dikisar pun boleh

KUIH DANGAI

KUIH DANGAI

Bahan - bahan :
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus
.
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa.
Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan

Thursday, October 29, 2015

DONUT GEBU TANPA ULI

DONUT GEBU TANPA ULI
BY Che Eda
daridapuraida.blogspot.com
Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng