Products available

Saturday, April 13, 2024

CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB SENDIRI

CARA MEMBUAT REMPAH NASI ARAB SENDIRI

cuba lihat nasi arab yang saya buat tu!! saya suka menggunakan rempah nadi MANDY berbanding KABSAH sebab nasi mandy rempahnya lebih terasa.

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab MANDY dan KABSA..boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi resepinya...

Bahan utk rempah MANDY*

ini rempah2 yg perlu dikisar untuk dijadikan rempah nasi mandy. dibawah ini adalah sukatan untuk masak 3-4 cawan beras basmati. alau rajin buat banyak2 simpan dalam botol atau bekas kedap udara.

beras yg sedap buat nasi mandy dan kabsa ialah beras basmati" extra panjang " FAIZA

bahan bahan untuk dikisar

15 biji buah pelaga,*
10 kuntum bunga cengkih
20 biji lada hitam
3 helai daun salam* (Kering)
1 sudu besar biji jintan putih,*
1 sudu besar biji ketumbar*

Cara:

1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehingga hancur dan
Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.

Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

dibawah ini cara cara buat rempah nasi arab 'kabsa

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab KABSA...boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi resepinya...

Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih
1 sdu makan lada hitam
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1/3 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehingga
hancur. Satukan dgn serbuk kunyit .Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

Wednesday, April 10, 2024

cara buat laksam

https://www.facebook.com/share/v/pArR1uZsEcPMmXs2/?mibextid=oFDknk

Tuesday, April 9, 2024

Sup Tulang Jadi Pekat Melikat

Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

Bahan-Bahan A:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar
  • Kisar semua bahan A sampai halus

Bahan-Bahan B (Bahan Rahsia Kepekatan Kuah):

  • 3 batang saderi
  • 1 batang lobak merah
  • Kisar semua bahan B sampai hancur

Bahan-Bahan C:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup
  • 2 kg tulang
  • 5 biji kentang (dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dibelah 4)
  • air

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
  2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.
  3. Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.
  4. Apabila sudah empuk, masukkan ubi kentang, batang sedari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
  5. Dah masak semua bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

Sunday, April 7, 2024

popia satar

popia satar.

Bahan:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara:
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan.
Resepi: dari Google

Kredit Resepi : syarifah nor hj abdullah via koleksi resepi sedap unuk keluarga yang tersayang

Saturday, March 30, 2024

serbuk pati ayam

Baru siap buat serbuk pati ayam homemade utk ank 7 bulan bkn utk baby jer boleh guna semua peringkat boleh guna. No gula,garam,msg dgn bahan pengawet. 

3 ketul dada ayam
1 1/2 inci halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
Air (agak tenggelam dada ayam)

Caranya 

1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.
2. Rebus dada ayam dgn serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.
3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna utk buat sup. Carik² atau leraikan dada ayam tadi.
4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yg tidak melekat guna api kecil sangai sehingga garing dan keperangan. 
5. Kemudian blend kering isi ayam tadi guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dpt tekstur yg kalian suka. 

Untuk 3 ketul dada ayam sy dapat 4 botol penuh anggaran 60ml. 😊

TEMPAT PENYIMPANAN : dalam chiller utk tahan lebih lama

Pastikan bekas utk simpan serbuk pati ayam betul-betul KERING nanti cepat rosak kalau terkena air.

Sy letak serai dgn halia utk tambah perisa dan bg bau harum dlm masakan baby

والله اعلم

tepung rangup ayam goreng

Copy & simpan resepi disini.😊

Kt sini sy shre resepi..  Bhn2 simple je. P rsa mcm aym kfc original 😄😄.. Setabung 2 dn la 2minggu klu mls.. Klu rajin xdn seminggu Setabung besar.. Jimat kos..jimat ms xpyh g beratur beli kfc🤗🤗

Resepi..
1/2  peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang 
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
Serbuk cili klu nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit..

Cara: Campur semua bahan dalam bekas kacau dan gaul hingga  sebati dan dah siap. boleh guna terus atau simpan dalam bekas bertutup..🫰😋..

Thursday, March 28, 2024

serikaya santan

https://www.facebook.com/share/v/KFEMKsdc6woHXBb1/?mibextid=oFDknk